Januari 02, 2026 -Jumaat

 
 
 

Jumaat 26/02/2016

JEMPUTAN MEMBUAT LIPUTAN PERAGAAN FESYEN HKK'16 RUNWAY

Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia akan mengadakan Peragaan Fesyen HKK’16 Runway sempena Sambutan Hari Kraf Kebangsaan 2016. Peragaan ini diadakan bertujuan untuk menggalakkan penggunaan kraf tekstil Malaysia dalam memartabatkan industri fesyen tempatan ke persada dunia.

Majlis akan diadakan melalui 4 segmen pada ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh : Sabtu 27 Februari 2016

Masa : 12.00 pm / 2.00 pm / 4.00 pm / 8.00 pm

Tempat : Laman Wau, Kompleks Kraf Kuala Lumpur


Program

12.00 pm : Kraftangan Malaysia

2.00 pm : Karyaneka Sdn. Bhd

4.00 pm : Kraftangan Malaysia

8.00 pm : Zandra Rhodes


Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER : Kraftangan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Urus Setia Media Kraftangan Malaysia
Tel : 017 – 307 8762

-BERNAMA




 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.