Januari 02, 2026 -Jumaat

 
 
 

Jumaat 26/02/2016

JEMPUTAN MEDIA UNTUK MEMBUAT LIPUTAN LAWATAN KERJA YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI KE WASHINGTON, AMERIKA SYARIKAT BAGI MENGHADIRI PERSIDANGAN KESELAMATAN NUKLEAR PADA 31 MAC 2016 HINGGA 1 APRIL 2016

YAB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia akan menghadiri Persidangan Keselamatan Nuklear yang akan berlangsung di Washington, Amerika Syarikat pada 31 Mac 2016 hingga 1 April 2016.

Kerjasama Tuan/Puan adalah dipohon untuk memaklumkan kepada wakil media yang dilantik untuk mendaftarkan diri bagi persidangan ini melalui pautan berikut:
https://nss2016.iglobalreg.com/public/apply/media .

(Tarikh tutup pendaftaran adalah pada Khamis, 3 Mac 2016 jam 11:59 EST)

Wakil-wakil media juga dikehendaki untuk mengisi borang matrik senarai media yang dilampirkan dan mengembalikan borang berkenaan kepada pihak kami dengan kadar yang segera.

Sila klik di sini untuk Borang Matrik

Sila klik di sini untuk Nuclear Security Summit Media Advisory

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan lawatan tersebut.

SUMBER : Kementerian Luar Negeri

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Mohd Nizam Halimi
Penolong Pengarah
Jabatan Komunikasi dan Diplomasi Awam
Tel : 03-8887 4188
Faks : 03-8889 2726
Emel : nizamhalimi@kln.gov.my

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.