|
|
|
|
 |
| |
|
|
Isnin 07/03/2016
Jemputan Media Ke Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2016
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui agensinya Jabatan Pembangunan Wanita akan mengadakan sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2016 seperti ketetapan berikut :
Hari/Tarikh : Selasa 8 Mac 2016
Masa : 9.30 pagi
Tempat : The Spring Shopping Mall, Kuching Sarawak
Tetamu Kehormat : Yang Amat Berbahagia Datin Patinggi Dato Jamilah Haji Anu,
Isteri YAB Ketua Menteri Sarawak
YB Dato’ Sri Rohani Abdul Karim,
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Untuk makluman tuan/puan, sambutan Hari Wanita Antarabangsa pada tahun ini bertemakan 'Pledge for Parity' atau Kesaksamaan Gender. Pelbagai aktiviti telah disediakan seperti pelancaran Projek Komuniti : MyKasih4U, segmen ketuk santai dan aktiviti riadah zumba.
Forum Lan Santai akan diadakan bermula pada jam 10.30 pagi akan turut dihadiri oleh Yang Amat Berbahagia Datin Patinggi Dato Jamilah Haji Anu dan YB Dato' Sri Rohani Abdul Karim. Forum akan mengupas beberapa tajuk menarik mengenai wanita dan disampaikan oleh panel yang terkemuka seperti Prof. Dr. Madeline Berma, Pengerusi Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim, UKM serta YBhg. Datuk Jamelah Abu Bakar Pengasas dan Naib Presiden Women and ASEAN Economic Community Business Foundation.
Bersama-sama ini dikemukakan aturcara program untuk rujukan tuan/puan.
Klik Sini Untuk Atur Cara
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis pelancaran tersebut.
Sumber : Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Fadzil Maszuki
Tel : 019-611 3560 / 016-800 8375
Nama : Rashiman Rasit
Tel : 019-2825965
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|