|
|
|
|
 |
| |
|
|
Khamis 17/03/2016
JEMPUTAN MEDIA UNTUK MEMBUAT LIPUTAN SEMASA LAWATAN RASMI YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI KE BALI, INDONESIA PADA 22 DAN 23 MAC 2016
Adalah dimaklumkan YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia akan mengadakan Lawatan Rasmi ke Bali, Indonesia pada 22 dan 23 Mac 2016.
Sehubungan itu, Kementerian Luar Negeri dengan hormatnya ingin menjemput wakil-wakil media untuk membuat liputan semasa lawatan YAB Timbalan Perdana Menteri tersebut.
Justeru, wakil-wakil media juga diwajibkan untuk mengisi matrik senarai media seperti format yang disediakan dan melampirkan bersama salinan dokumen yang disenaraikan. Selain itu, media yang terlibat dikehendaki membawa dokumen asal bersama-sama semasa liputan iaitu:
a) Senarai Peralatan;
b) Satu salinan pasport (muka surat maklumat peribadi);
c) Surat tugasan yang telah disahkan oleh Ketua Pengarang atau Eksekutif daripada organisasi wakil media tersebut;
d) Satu salinan gambar bersaiz pasport (dalam format JPEG); dan
Sila klik disini untuk borang matrik
Mohon kerjasama dan jasa baik wakil-wakil media supaya matrik senarai media (dan maklumat tambahan lain, jika ada) dapat dipanjangkan kepada Encik Azreey di alamat emel azreey@kln.gov.my dengan kadar segera. Sebagai makluman tambahan juga, visa perlu dimohon bagi wakil media yang akan membuat liputan untuk lawatan ini. Wakil-wakil media dinasihatkan berurusan terus dengan pihak Kedutaan Besar Republik Indonesia di Kuala Lumpur dengan kadar segera untuk memohon visa bagi tujuan ini.
Sila klik disini untuk Journalist Visa Application Form
Sila klik disini untuk Journalist Visa Checklist
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan lawatan tersebut.
SUMBER : Kementerian Luar Negeri
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Azreey Abu Kassim
Penolong Pengarah
Jabatan Komunikasi dan Diplomasi Awam
Tel : 03-8887 4376
Faks : 03-8889 2726
Emel : azreey@kln.gov.my
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|