|
|
|
|
 |
| |
|
|
Isnin 28/03/2016
LIPUTAN (PHOTO-OP) SEMASA MESYUARAT DUA HALA ANTARA YB MENTERI LUAR NEGERI DAN MENTERI LUAR NEGERI BULGARIA, 29 MAC 2016
TYT Daniel Mitov, Menteri Luar Bulgaria akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia pada 27 hingga 29 Mac 2016. Antara agenda lawatan ini, beliau akan menghadiri Mesyuarat Dua Hala bersama-sama YB Datuk Seri Anifah Aman, Menteri Luar Negeri Malaysia pada 29 Mac 2016 di Putrajaya.
Sehubungan itu, Kementerian Luar Negeri, Malaysia menjemput wakil media bagi membuat liputan photo-op semasa mesyuarat pada ketetapan seperti berikut:
Hari/Tarikh : Selasa 29 Mac 2016
Masa : 11.30 pagi
Tempat : Pejabat YB Menteri Luar Negeri Malaysia,
Aras 3, Blok WP 1
Kementerian Luar Negeri Malaysia
W.P. Putrajaya
Untuk makluman, wakil media dijemput untuk hadir 30 minit sebelum waktu majlis bermula.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan photo-op semasa mesyuarat tersebut.
SUMBER : Kementerian Luar Negeri Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Azreey Abu Kasim
Penolong Pengarah
Jabatan Komunikasi dan Diplomasi Awam
Kementerian Luar Negeri Malaysia
Tel : 03-8887 4376
Faks : 03-8889 2726
Mobile : 014 663 3896
E-mail : azreey@kln.gov.my
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|