Januari 02, 2026 -Jumaat

 
 
 

Rabu 30/03/2016

PERASMIAN DEWAN D'MAHLIGAI - VENUE PERKAHWINAN BARU FELDA D'SAJI

Felda D’Saji Sdn Bhd, anak syarikat Koperasi Permodalan FELDA dan FELDA akan melancarkan sebuah venue perkahwinan baru di Dewan D’Mahligai, Kompleks YJN Bukit Jalil.

Felda D’Saji menjemput rakan media untuk menyaksikan Majlis Perjanjian Kolaborasi di antara Felda D’Saji sebagai entiti swasta dan Yayasan Jabal Nur sebagai NGO membangunkan kemudahan dewan di Kompleks YJN bagi membantu menjana pendapatan tambahan dan merancakkan aktiviti Yayasan Jabal Nur, yang merupakan sebuah NGO berteraskan kesihatan moden berasaskan Islam.

Majlis Perjanjian Kolaborasi ini akan ditandatangani oleh Y. Bhg. Dato’ Othman Desa mewakili Yayasan Jabal Nur dan Tuan Haji Ahmad Zaki Abdullah, CEO Felda D’Saji Sdn Bhd dan disaksikan oleh Y. Bhg. Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor, Pengerusi TV Al-Hijrah dan Y. Bhg. Datuk Hanapi Suhada, Pengarah Besar FELDA. Turut hadir adalah Profesor Dr Hamid Arshat, Pakar Perbidanan dan Sakit Puan serta Datuk Zainal Abidin Abd Kadir, Bekas Duta Mesir ke Malaysia.

Butiran majlis:

Hari/Tarikh : Khamis 31 Mac 2016

Masa : 2.30 pm – 4.30 pm

Tempat : Kompleks YJN
No. 1, Jalan Jalil Perwira 2
58200 Bukit Jalil


PROGRAM

2.30 pm : Ketibaan tetamu jemputan

3.00 pm : Ketibaan VVIP

3.15 pm : Bacaan Doa

3.20 pm : Ucapan Perasmian Y. Bhg. Pengerusi Lembaga Yayasan Jabal Nur

3.35 pm : Majlis Menandatangani Perjanjian Kolaborasi dan Gimik Pelancaran Pakej Perkahwinan Dewan D’Mahligai

3.50 pm : Sidang Akhbar

4.30 pm : Jamuan Minum Petang

5.00 pm : Bersurai


Dengan kehadiran Dewan D’Mahligai sebagai venue perkahwinan dan acara ke 12 yang diuruskan sepenuhnya oleh Felda D’Saji, ia menjadikan Felda D’Saji sebagai katerer dengan venue sendiri terbanyak di Lembah Kelang tidak termasuk venue perkahwinan dan acara di mana Felda D’Saji menjadi panel katerer seperti Menara KL, TMCC, Dewan Seri Endon dan lain-lain.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.


SUMBER : LEMBAGA KEMAJUAN TANAH PERSEKUTUAN (FELDA)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT,SILA HUBUNGI:
Nama : En. Muhammad Muinuddin Dzulkifli
Tel : 019 – 2111601 / 03 – 2698 8302


-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.