Januari 02, 2026 -Jumaat

 
 
 

Khamis 31/03/2016

JEMPUTAN KE SIDANG MEDIA PERTANDINGAN PAGE TO PITCH (P2P) MEDIA 360 SEMPENA KLTCC 2016

Sempena Kuala Lumpur Trade & Copyright Centre (KLTCC) ke-9, Kota Buku sebagai penganjur utama dengan kerjasama Karangkraf dan FINAS bakal menganjurkan pertandingan terjemahan idea ke pelbagai platform digital media pertama di dunia, Page to Pitch (P2P) Media 360, sebagai salah satu program utamanya bermula dari 7 hingga 8 May 2016.

Pertandingan ini bertujuan untuk membuka peluang serta mencipta satu saluran kepada para penulis baharu untuk menerbitkan idea mereka dan mengadaptasikan hasil karya penulis sedia ada ke dalam bentuk baharu seperti kandungan media digital. Pertandingan ini terbahagi kepada dua kategori: Idea untuk Penerbitan dan Penerbitan untuk Adaptasi.

Page to Pitch (P2P) Media 360 dibuka untuk semua negara-negara ASEAN bagi Kategori 1,manakala Kategori 2 dibuka hanya untuk warganegara Malaysia.

Butiran majlis:

Hari/Tarikh : Isnin 4 April 2016

Masa : 2.00 PTG

Lokasi : Perbadanan Kota Buku, 24, Menara Maju, 1001, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur.

PROGRAM

2:00 ptg : Ketibaan dan pendaftaran para tetamu dan media

2:30 ptg : Ucapan pembukaan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kota Buku,
Sayed Munawar Sayed Mohd Mustar

2:45 ptg : Pengumuman Agensi Terlibat dan Hadiah Page to Pitch Media 360

3:00 ptg : Ucapan oleh Pengurus Besar Bahagian Komunikasi dan Jenama Kumpulan Media
Karangkraf, RJ Shahfaizal Khairudin

3:10 ptg : Ucapan oleh Dato’ Kamil Othman, Ketua Pengarah FINAS

3.20 ptg : Sesi penyampaian cenderahati

3.25 ptg : Media Q&A

3.45 ptg : Tamat


Sila RSVP pada 1 April 2016.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan sidang media dan program tersebut.


SUMBER : Global Creative Media Agency (GCMA)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT & RSVP, SILA HUBUNGI:
Nama : Amzar Anizam
Pengurus Perhubungan Awam di Global Creative Media Agency (GCMA)
Tel : 03 7733 4262 (Pejabat) / 017 988 8678
Emel : amzar.anizam@gcma.tv


-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.