Januari 02, 2026 -Jumaat

 
 
 

Khamis 31/03/2016

LIPUTAN MEDIA PROGRAM BICARA MUFTI BERSAMA BIKERS ‘ROUTE TO JANNAH’

Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP) akan menganjurkan program Bicara Mufti Bersama Bikers, ‘Route to Jannah’ pada ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh : Sabtu 9 April 2016

Masa : 10.00 pagi hingga 12.30 tengahari

Tempat : D’Saji Restoran Titiwangsa KL, Restoran Terapung, Jalan Kuantan, Kuala Lumpur

Objektif program santai ini diadakan adalah untuk mendekatkan komuniti ‘bikers’ dengan PPZ-MAIWP selain menerangkan peranan PPZ-MAIWP dan Baitulmal-MAIWP. Di platform ini juga, pihak PPZ-MAIWP akan membantu ‘bikers’ yang hadir, berkaitan maklumat zakat dan dakwah secara santai oleh S.S. Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan.

Turut hadir Tuan Hj Mohd Rais Hj Alias, Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP beserta 200 ‘bikers’ dari Ikhwan Bikers, IFRC Bikers, Bazzaz Community dan Turtles Bikers .

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan program yang berbentuk santai ini.


SUMBER : Pusat Pungutan Zakat - MAIWP (PPZ-MAIWP)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT,SILA HUBUNGI:
Nama : Amiro Faizal Azali
Tel : 014-2212343

Nama : NOR MUKSHAR HARUN
Pen. Pengurus Besar
Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP
Tel : 019-3861820


-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.