Januari 02, 2026 -Jumaat

 
 
 

Khamis 07/04/2016

MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN PAJAKAN TANAH DI SELANGOR CYBER VALLEY ANTARA PKNS DAN LAM SOON EDIBLE OIL (M) SDN BHD

Majlis Menandatangani Perjanjian Pajakan Tanah Di Selangor Cyber Valley Antara PKNS dan Lam Soon Edible Oil (M) Sdn Bhd akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh : Selasa 12 April 2016

Masa : 9.30 Pagi

Tempat : Tingkat 9, Bilik Gerakan, Ibu Pejabat PKNS, Menara HPAIC, Laman Seri Business Park, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor


Program

9.30 pagi : Ketibaan tetamu dan media

: Bacaan doa

: Ucapan Pengerusi Majlis

: Ucapan Pengurus Besar PKNS

: Tayangan montaj

: Sesi menandatangani perjanjian jual beli

: Sidang media

: Sesi Bergambar

: Makan tengahari

: Bersurai


Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bakal mengadakan Majlis Menandatangani Perjanjian Pajakan tanah di Selangor Cyber Valley bersama syarikat Lam Soon Edible Oil (M) Sdn Bhd.

Perjanjian jual beli akan ditandatangani oleh Pengurus Besar PKNS, Tuan Haji Azlan Bin Md Alifiah bersama Pengarah Eksekutif Lam Soon Edible Oil (M) Sdn Bhd, Encik Khoo Heng Suan.

Kerjasama anda untuk membuat pengesahan kehadiran dengan KADAR SEGERA amat dihargai.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER : Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Amalia
Tel : 03-55201234 / ext- 1708 / 017-3096519

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.