|
|
|
|
 |
| |
|
|
Isnin 11/04/2016
JEMPUTAN KE SEMINAR KELESTARIAN INTEGRITI "PENGUKUHAN INTEGRITI DALAM TADBIR URUS ORGANISASI - CABARAN DAN SINERGI"
Kraftangan Malaysia dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengadakan Seminar Kelestarian Integriti bertajuk Pengukuhan Integriti dalam Tadbir Urus Organisasi – Cabaran dan Sinergi, pada ketetapan seperti berikut:
Hari/Tarikh : Selasa 12 April 2016
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Panggung Sari Kompleks Kraf Kuala Lumpur
Jalan Conlay, 50450 Kuala Lumpur
Seminar ini akan dijayakan oleh tiga orang panel yang terdiri daripada YBhg. Tan Sri Mahmood Bin Adam (Mantan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia), YBrs. Prof. Arfah Binti Salleh (Putra Business School, PBS) dan YBrs. Encik Azizan Bin Abd Malik (Malaysia Marine and Heavy Engineering Sdn Bhd).
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan seminar tersebut.
SUMBER : Kraftangan Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi Korporat
Kraftangan Malaysia
Tel : 03 - 2161 3793 ( D/L) / 2162 7459
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|