Januari 02, 2026 -Jumaat

 
 
 

Selasa 12/04/2016

BREAKFAST TALK SIRI 4/2016 "Pemberi Maklumat Wajib Dilindungi"

Integriti akan menganjurkan Program Breakfast Talk Siri 4/2016 yang akan mengupas tajuk "Pemberi Maklumat Wajib Dilindungi" pada 14 April 2016 (Khamis), jam 9.00 pagi.

Sejauh mana perlindungan dan tahap keselamatan para pemberi maklumat dan apakah risiko serta cabaran yang akan dihadapi antara isu yang akan dibincangkan. Panel yang akan hadir membicarakan isu ini adalah YBhg. Datuk Mohd Zuki Ali, Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri bersama-sama pembincang Puan Shuhairoz Mohamed Shukeri, Pegawai KPI kepada YB Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan, Menteri di Jabatan Perdana dan Encik Syahredzan Johan, Peguam/Pengerusi National Young Lawyers Committee, Malaysian Bar.

Pihak INTEGRITI dengan segala hormat dan sukacitanya menjemput rakan-rakan media untuk membuat liputan ke program tersebut seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Khamis 14 April 2016

Masa : 9.00 pagi – 11.30 pagi

Tempat : Auditorium INTEGRITI, Aras 2,
Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI),
Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin off Jalan Tuanku Abdul Halim,
50480 Kuala Lumpur


PROGRAM

8.30 pagi : Pendaftaran peserta

8.55 pagi : Ketibaan para panel dan moderator

9.05 pagi : “Breakfast Talk” Siri 4/2016

Topik: “Pemberi Maklumat Wajib Dilindungi”

Pembicara Utama:
YBhg. Datuk Mohd Zuki Ali
Ketua Pengarah
Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU)
Jabatan Perdana Menteri

Moderator:
YBhg. Dr Anis Yusal Yusoff
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif
Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI)

Pembincang I (Discussant I):
Pn. Shuhairoz Mohamed Shukeri
Pegawai KPI kepada
YB Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Pembincang II (Discussant II):
En. Syahredzan Johan
Peguam / Pengerusi
National Young Lawyers Committee,
Malaysian Bar


10.45 pagi : Sesi soal jawab

11.30 pagi : Tamat


Objektif utama program ini diadakan adalah untuk memberitahu kepada masyarakat bahawa dalam usaha membasmi rasuah dan salahguna kuasa serta penyelewengan, mereka mempunyai medium untuk menyalurkan maklumat dan terdapat Akta Perlindungan Pemberi Maklumat (Whistleblower Protection Act) yang mampu melindungi pemberi maklumat menghadapi risiko tinggi akibat pendedahan tersebut.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan program tersebut.


SUMBER : Program Komunikasi INTEGRITI, Institut Integriti Malaysia (IIM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Norsheeda Din
Penolong Penyelaras Program Komunikasi
Tel : 03-6209 2014 / 019-3029545
E-mel : sheeda@integriti.my


-BERNAMA


 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.