Januari 02, 2026 -Jumaat

 
 
 

Jumaat 15/04/2016

JEMPUTAN MEDIA MEMBUAT LIPUTAN PRODUK KRAF SONGKET DAN MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PEMATUHAN STANDARD SONGKET MS1747 : BAHAGIAN 1 : 2007

Sukacita dimaklumkan, Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia menjemput pihak media mengikuti Lawatan Tinjauan Produk Kraf Songket di Kuala Terengganu seperti berikut:

Hari/Tarikh : Ahad 17 April 2016

Masa : 9.00 pagi

Tempat : HAFSIN SONGKET, 686A Kg. Losong Hj. Mat Shafie, 21000 Kuala Terengganu


Untuk makluman, fokus liputan adalah mengenai kehebatan penenun songket lelaki, Inovasi songket dalam bentuk produk hiliran dan Standard Songket MS1747 : Bahagian 1 : 2007.

Selain itu juga, Kraftangan Malaysia turut mengadakan Majlis Penyampaian Sijil Pematuhan Standard Songket MS1747 : Bahagian 1 : 2007 pada:

Hari/Tarikh : Isnin 18 April 2016

Masa : 11.30 pagi

Tempat : Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu, Lot 2195, Kawasan Perindustrian Chendering, Peti Surat 69, 20700 Kuala Terengganu Terengganu

Bersama : Puan Hajah Zuraida binti Mokhtar
Ketua Pengarah
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia

Pada majlis ini, seramai 26 usahawan kraf songket dari Terengganu akan menerima penghargaan kerana telah berjaya melepasi ujian standard kualiti yang ditetapkan.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan kedua-dua majlis tersebut.

SUMBER : Kraftangan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi Korporat
Kraftangan Malaysia
Tel : 03 - 2161 3793

Nama : Fazlin
Tel : 012-664 1734

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.