Januari 02, 2026 -Jumaat

 
 
 

Jumaat 15/04/2016

MAJLIS PELANCARAN MENCIPTA VIDEO PENDEK INTEGRITI "NILAI INTEGRITI PELBAGAI AGAMA TERAS KESEJAHTERAAN RAKYAT"

Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI) akan menganjurkan Majlis Pelancaran Mencipta Klip Video Integriti dengan tema "Nilai Integriti Pelbagai Agama Teras Kesejahteraan Rakyat" yang akan dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato' Sri Dr. Sharifah Zarah Syed Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Program ini merupakan anjuran bersama INTEGRITI dan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).

Turut akan berlangsung dalam Majlis yang sama adalah Pelancaran Pertandingan Lukisan Integriti "The Art of PaINTEGRITY" yang akan dibuka penyertaan kepada seluruh masyarakat. Selain dapat menzahirkan makna integriti ke dalam sebuah lukisan, usaha ini adalah untuk menjadikan INTEGRITI sebagai hub dan galeri lukisan yang bertemakan nilai-nilai integriti. Selain itu, akan disampaikan Hadiah Pertandingan Fotografi Integriti yang telah dibuka penyertaan sejak 01 Disember 2015 hingga 1 Januari 2016 kepada para pemenang mengikut kategori masing-masing.

Sehubungan dengan itu, pihak INTEGRITI dengan segala hormat dan sukacitanya menjemput rakan-rakan media untuk membuat liputan ke program tersebut seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Selasa 19 April 2016

Masa : 9.00 pagi - 11.30 pagi

Tempat : Auditorium INTEGRITI, Aras 2,
Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI),
Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin off Jalan Tuanku Abdul Halim,
50480 Kuala Lumpur


PROGRAM

09.00 pagi : Ketibaan para jemputan
09.30 pagi : Ketibaan YBhg. Dato’ Sri Dr. Sharifah Zarah Syed Ahmad
Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia merangkap Ahli Lembaga Pengarah INTEGRITI
: Perasmian Pusat Ilmu INTEGRITI
: Nyanyian Lagu Negaraku
: Ucapan aluan
Oleh : YBrs. Dr. Anis Yusal Yusoff
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif INTEGRITI
: Ucapan aluan
Oleh : YBrs. Profesor Ir. Dr. Lee Sze Wei
Naib Presiden Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)
: Ucapan pelancaran
YBhg. Dato’ Sri Dr. Sharifah Zarah Syed Ahmad
Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia merangkap
Ahli Lembaga Pengarah INTEGRITI
: Gimik pelancaran
: Persembahan montaj
: Majlis penyampaian hadiah Pertandingan Fotografi “ Integrity In Action”
11.30 pagi : Sidang Akhbar
: Majlis bersurai


Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER : Institut Integriti Malaysia (IIM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Norsheeda Din
Penolong Penyelaras
Program Komunikasi
Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI)
Tel : 019-3209545

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.