|
|
|
|
 |
| |
|
|
Rabu 27/04/2016
MALAM SAMBUTAN ULANGTAHUN INTEGRITI & PELAN INTEGRITI NASIONAL (PIN) KE-12 INTEGRITY ART NIGHT
Integriti Institut Malaysia (INTEGRITI) akan menganjurkan Malam Sambutan Ulangtahun INTEGRITI & PELAN INTEGRITI NASIONAL (PIN) KE-12 dan INTEGRITY ART NIGHT pada 29 April 2016 (Jumaat), jam 8.30 malam hingga 10.30 malam. Majlis akan dihadiri oleh Yang Amat Berbahagia Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi, Mantan Perdana Menteri ke-5 yang telah melancarkan PIN dan menubuhkan INTEGRITI pada tahun 2004. Majlis akan turut dihadiri oleh Ahli-ahli Lembaga Pengarah INTEGRITI, Ahli INTEGRITI, rakan-rakan INTEGRITI, serta tetamu jemputan yang telah bersama-sama memperjuangkan agenda integriti dalam negara.
Bertepatan dengan tagline "Integriti di Hati", majlis juga akan diwarnai dengan persembahan khas dari hati oleh kumpulan muzik Recycle Band yang akan mempersembahkan karya kreatif yang mana muzik yang dihasilkan adalah menggunakan instrumen atau peralatan yang diperbuat daripada bahan kitar semula. Seorang lagi insan seni jalanan yang lebih dikenali dengan nama “Pak Zaki Peniup Seruling Jalanan” turut akan membuat persembahan istimewa seperti ketetapan berikut:
Hari / Tarikh: Jumaat 29 April 2016
Masa : 8.30 malam - 10.30 malam
Tempat : Auditorium INTEGRITI, Aras 2, Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI),
Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin off Jalan Tuanku Abdul Halim, 50480 KL
Tetamu : Yang Amat Berbahagia Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi,
Mantan Perdana Menteri ke-5
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan sidang media tersebut.
SUMBER : Institut Integriti Malaysia (IIM)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Norsheeda Din
Penolong Penyelaras
Program Komunikasi
Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI)
Tel : 03-6209 2014 / 019-3209545
Emel: sheeda@intergriti.my
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|