|
|
|
|
 |
| |
|
|
Selasa 03/05/2016
JEMPUTAN KE PUSAT DAGANGAN HAK CIPTA KUALA LUMPUR (KLTCC) 2016: SIMPOSIUM INDUSTRI BUKU ASEAN & PENGUMUMAN PEMENANG P2P
Pusat Dagangan Hak Cipta Kuala Lumpur (KLTCC) yang kini kembali untuk edisi yang ke-9 bakal memperkasakan industri perlesenan dan penerbitan di negara-negara ASEAN melalui penumpuan digital dan perdagangan harta intelek. Sebagai medium untuk mempromosikan perdagangan hakcipta dan hak digital, KLTCC pada tahun ini memfokuskan kepada; Page to Pitch Media 360 (P2P) (pertandingan penerbitan idea ke pelbagai platform media digital yang pertama di dunia), Simposium Industri Buku ASEAN (ABIS) (sebuah platform pertukaran idea dan ilmu tentang industri buku di ASEAN), dan pelbagai pameran yang menarik.
Nota kepada Editor:
Tuan/Puan berserta jurugambar dan wartawan bertugas dijemput untuk menghadiri majlis ini. Butir-butir lanjut adalah seperti ketetapan berikut:
Acara: Pusat Dagangan Hak Cipta Kuala Lumpur (KLTCC)
Tarikh: 7 hingga 8 Mei 2016 (Sabtu hingga Isnin)
Masa: 10 pg to 5 ptg
Lokasi: Dewan D, Pameran Taman Agro Malaysia Serdang (MAEPS), 43400 Serdang, Selangor.
Acara: Simposium Industri Buku ASEAN (ABIS)
Kumpulan A: Malaysia, Thailand, Philippines, Myanmar, Brunei
Tarikh: 7 Mei 2016 (Sabtu)
Masa: 2 ptg to 4.30 ptg
Lokasi: Astaka, Dewan D (MAEPS)
Acara: Pengumuman Pemenang P2P Media 360
Tarikh: 8 Mei 2016 (Ahad)
Masa: 5.30 ptg to 7.30 ptg
Lokasi: Astaka, Dewan D (MAEPS)
Acara: Simposium Industri Buku ASEAN (ABIS)
Kumpulan B: Indonesia, Singapore, Vietnam, Laos, Cambodia
Tarikh: 9 Mei 2016 (Isnin)
Masa: 10.30 pg to 12.30 tgh hari
Lokasi: Astaka, Dewan D (MAEPS)
Segala sokongan tuan/puan dalam menghadiri acara ini amatlah dihargai.
Klik Sini untuk Keterangan Simposium
SUMBER : Global Creative and Media Agency Portal Sdn Bhd
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Amzar Anizam
Pengurus Perhubungan Awam di Global Creative Media Agency (GCMA)
Emel: amzar.anizam@gcma.tv
Pejabat: 03 7733 4262
Telefon: 017 988 8678
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|