Januari 01, 2026 -Khamis

 
 
 

Khamis 05/05/2016

MAJLIS PERASMIAN CAWANGAN TANAH MERAH, PENYERAHAN VAN & SUMBANGAN WAKAF SELANGOR MUAMALAT SERTA MAJLIS MENANDATANGANI MOU BERSAMA KPJ DI TANAH MERAH, KELANTAN

Bank Muamalat Malaysia Berhad akan mengadakan beberapa majlis di Tanah Merah, Kelantan pada ketetapan seperti berikut:


Majlis Penyerahan Van Sumbangan Bank Muamalat Malaysia Berhad Kepada Maahad Tahfiz Az-Zainab
Hari/Tarikh: Ahad 8 Mei 2016

Masa: 10.00 pg

Tempat: Maahad Tahfiz Az-Zainab, Kg. Serendah, Chetok, Pasir Mas, Kelantan

Klik Di Sini untuk Aturcara Majlis Penyerahan Van Sumbangan


Majlis Penyerahan Sumbangan Wakaf Selangor Muamalat kepada SMU(A) Darul Ulum Diniah
Hari/Tarikh: Ahad 8 Mei 2016

Masa: 12.00 tgh

Tempat: Tanah Merah, Kota Bharu, Kelantan

Klik Di Sini untuk Aturcara Majlis Penyerahan Sumbangan Wakaf


Perasmian Cawangan Bank Muamalat Malaysia Berhad
Hari/Tarikh : Ahad 8 Mei 2016

Masa: 3.30 ptg

Tempat: Tanah Merah, Kota Bharu, Kelantan

Klik Di Sini untuk Aturcara Perasmian Cawangan


Bersempena dengan itu, Y.Bhg Tan Sri Dato’ Dr. Mohd Munir Abdul Majid, Pengerusi Bank Muamalat Malaysia Berhad akan merasmikan cawangan baru Bank Muamalat di Tanah Merah dan menyerahkan sendiri van kepada Maahad Tahfiz Az-Zainab, Kg Serendah Chetok,Pasir Mas, Kelantan. Wakaf Selangor Muamalat juga berbesar hati untuk menyumbangkan sebuah bangunan akademik kepada Sekolah Menengah Ugama (Arab) Darul Ulum Diniah, Padang Siam, Tanah Merah, Kelantan.

Selain itu, Bank Muamalat Malaysia Berhad turut mengadakan majlis menandatangani MOU bersama-sama dengan KPJ.

Majlis-majlis ini akan disaksikan oleh kakitangan kanan kerajaan; wakil-wakil dari pihak swasta; pihak pengurusan kanan dan kakitangan Bank Muamalat; pihak media dan juga masyarakat tempatan.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER : Bank Muamalat Malaysia Berhad

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Nurshazrina Abdullah
Tel: 012-358 9876
Emel: nurshazrina@muamalat.com.my

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.