|
|
|
|
 |
| |
|
|
Rabu 11/05/2016
MAJLIS PENUTUP KEJOHANAN PETANQUE IPT 2016
Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Tinggi akan mengadakan Majlis Penutup Kejohanan Petanque IPT 2016.
Bagi majlis ini, DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Jamalulail, Raja Muda Perlis telah berkenan mencemar duli untuk menyempurnakan acara yang akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:
Hari/Tarikh : Khamis 12 Mei 2016
Masa : 3:30 Petang
Tempat : Arena Petanque Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra
Arau, Perlis
VVIP : DYTM Tuanku Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail serta DYTM Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil
PROGRAM
2.00 Petang : Perlawanan Akhir Bermula
3.05 Petang : Para Petugas dan Peserta Mengambil Tempat
3.10 Petang : Ketibaan VIP & Tetamu Jemputan
3.30 Petang : Keberangkatan Tiba DYTM Tuanku Raja Muda Perlis Tuanku Syed
Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail serta DYTM
Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah
Khalil
: Nyanyian Lagu Dirgahayu Tuanku
: Lagu Negaraku
: Bacaan Doa
: Ucapan Aluan oleh Pengerusi Pengelola Kejohanan Petanque IPT 2016
: Penyampaian Anugerah dan Hadiah I oleh DYTM Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil
: Pelawanan Petanque VIP
: Titah Ucapan oleh DYTM Tuanku Raja Muda Perlis,
Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail
: Penyampaian Anugerah dan Hadiah II
: Persembahan Cendera Kenangan kepada DYTM Tuanku Raja Muda Perlis
: Nyanyian Lagu Dirgahayu Tuanku
: DYTM Tuanku Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail serta DYTM Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berangkat meninggalkan majlis
: Majlis Bersurai
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER : Kementerian Pendidikan Tinggi
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Puan Suriawati binti Mohd Fadzil
Tel : 012-444 8980
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|