|
|
|
|
 |
| |
|
|
Khamis 12/05/2016
JEMPUTAN LIPUTAN MEDIA PROGRAM RIBA' SYMPOSIUM 2016 'REFLECT, RECOUNT & REALIGN'
Adalah dimaklumkan bahawa Pusat Pungutan Zakat - MAIWP (PPZ-MAIWP) akan menganjurkan program Riba’ Symposium 2016 pada :
Hari/Tarikh : Sabtu 21 Mei 2016 / 14 Sya’aban 1437H
Masa : 8.30 pagi hingga 4.00 petang
Tempat : Premiera Hotel Kuala Lumpur (bersebelahan Busana Mall MARA)
Objektif program yang akan menghimpunkan beberapa ilmuan terkenal dari pelbagai bidang ini adalah untuk membincangkan tentang isu-isu semasa berkaitan kewangan Islam, bersama 200 peserta dari pelbagai sektor.
Antara pembentang yang akan turut serta adalah Ustaz Mohd Nazri Chik, Bank Islam Malaysia, Assoc. Prof. Dr. Zaharuddin Abdul Rahman dan beberapa lagi ilmuan yang pakar dalam bidang masing-masing. Turut hadir Mufti Wilayah Persekutuan S.S Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Tuan Hj Mohd Rais Hj Alias, Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan program yang berbentuk santai ini.
SUMBER : Pusat Pungutan Zakat - MAIWP (PPZ-MAIWP)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT,SILA HUBUNGI:
Nama : Cik Nur Haliza Abd Rahman
Tel : 012-5003547
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|