Januari 01, 2026 -Khamis

 
 
 

Jumaat 13/05/2016

JEMPUTAN: PROGRAM CELIK WANG

Agrobank akan menganjurkan satu program tanggungjawab sosial korporat yang dikenali sebagai Program Celik Wang. Program ini akan dirasmikan oleh Encik Suhaimi Ali, Pengarah Jabatan Konsumer dan Amalan Pasaran, Bank Negara Malaysia dan akan turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Dato’ Wan Mohd Fadzmi Wan Othman.

Maklumat program adalah seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Sabtu 14 Mei 2016

Masa : 8:30 pagi – 1:00 petang

Tempat : Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur

Sila klik di sini untuk Atucara

Untuk makluman tuan/ puan, Program Celik Wang merupakan satu program tanggungjawab sosial korporat anjuran Agrobank khusus bagi menyuntik kesedaran tentang kepentingan pengurusan wang dengan bijak kepada pelajar sekolah.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan program tersebut.

Sumber : AGROBANK

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Syuhada Abdul Rais
Pegawai Perhubungan Awam Agrobank
Tel : 03-2731 1600 (ext 1651) atau 012-672 4732

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.