|
|
|
|
 |
| |
|
|
Selasa 17/05/2016
JEMPUTAN LIPUTAN MEDIA MAJLIS PERASMIAN PERSIDANGAN ANTARABANGSA KEDAH TUA
Sukacita dimaklumkan bahawa, Jabatan Warisan Negara, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kedah, Universiti Sains Malaysia dan Koridor Utara Malaysia akan mengadakan Persidangan Antarabangsa Kedah Tua 2016 pada 21-22 Mei 2016 di Hotel Park Avenue, Sungai Petani, Kedah.
Dimaklumkan bahawa Jabatan Warisan Negara menjemput wakil-wakil media dari agensi tuan/puan untuk membuat liputan berita majlis perasmian tersebut seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh : Sabtu 21 Mei 2016
Masa :9.00 pagi
Perasmi : YB Dato’ Seri Mohamed Nazri Bin Tan Sri Abdul Aziz,
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
Tempat : Hotel Park Avenue, No 1 Jalan Indah Dua,
08000 Sungai Petani, Kedah
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan lawatan kerja dan pengumuman tersebut.
SUMBER : Jabatan Warisan Negara
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Puan Elviza Binti Marjali
Tel: 03 2612 7611/012 286 6436
Nama: Encik Mohd Khafiruddin Bin Faijan
Tel: 03 2612 7613/017 3861982
Nama: Cik Nazzhirah Anuar
Tel: 013-644 1787
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|