Januari 01, 2026 -Khamis

 
 
 

Isnin 23/05/2016

JEMPUTAN PREVIEW BUFET RAMADAN D'SAJI 2016

Felda D’Saji Sdn Bhd, anak syarikat Koperasi Permodalan FELDA dan FELDA akan mengadakan Majlis Preview Bufet Ramadan 2016 bersama Media di ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh : Selasa 24 Mei 2016

Masa : 8.00 pm – 10.00 pm

Tempat : Restoran Terapung D’Saji KL Titiwangsa
Jalan Temerloh
53200 Kuala Lumpur

PROGRAM

7.00 pm : Ketibaan tetamu jemputan / VIP

8.00 pm : Ketibaan YB Tan Sri Datuk Sri Utama Haji Mohd Isa B. Dato Hj Abdul Samad, Pengerusi Kumpulan Felda dan isteri Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid

8.10 pm : Bacaan Doa

8.15 pm : Ucapan dan Pelancaran Bufet Ramadan D’Saji 2016 / 1437H oleh YB Pengerusi Kumpulan Felda

8.30 pm : Gimik Pelancaran dan Melawat Lihat Menu Bufet Ramadan serta Jamuan Makan Malam

9.45 pm : Sidang Akhbar

10.00 pm : Bersurai


Majlis Preview Bufet Ramadan ini akan memperkenalkan kepada Media dan tetamu khas berkenaan menu-menu istimewa yang akan dipersembahkan di 5 buah lokasi sekitar Lembah Kelang. Selain itu, akan turut diumumkan harga-harga kepada pelanggan serta tawaran khas kepada pelanggan setia. Antara keistimewaan kali ini ialah Seafood Ramadan Buffet dan masakan istimewa gabungan Chef Ismail daripada D’Saji dan Chef Ammar Ali iaitu Chef Selebriti masakan Mediterranean yang mempunyai rancangan TV masakan sendiri. Majlis ini akan dirasmikan oleh YB Tan Sri Datuk Sri Utama Haji Mohd Isa B. Dato Hj Abdul Samad, Pengerusi Kumpulan Felda.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.


SUMBER : FELDA

UNTUK MAKLUMAT LANJUT,SILA HUBUNGI:
Nama : En. Muhammad Muinuddin Dzulkifli
Tel : 019–2111601 / 03–2698 8302


-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.