|
|
|
|
 |
| |
|
|
Selasa 24/05/2016
LAWATAN KERJA AHLI-AHLI MAJELIS PEMUSYAWATAN RAKYAT, REPUBLIK INDONESIA KE MALAYSIA MULAI 24 - 26 MEI 2016
Seramai 25 orang ahli Majelis Pemusyawaratan Rakyat (MPR), Republik Indonesia akan melakukan lawatan kerja ke Malaysia mulai 24 Mei hingga 26 Mei 2016. Tujuan lawatan ini adalah untuk mempereratkan hubungan kerjasama antara kedua-dua buah Negara dengan menjalin interaksi sesama pemimpin Malaysia dan Indonesia.
Sepanjang lawatan delegasi Majelis Pemusyarawatan Rakyat, antara lain akan turut melakukan kunjungan hormat ke atas YAB Perdana Menteri, YAB Timbalan Perdana Menteri dan YB Timbalan Menteri Luar akan menghoskan Majlis Makan Malam pada hari pertama lawatan delegasi ini seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh : Selasa 24 Mei 2016
Masa : 8.00 malam
Tempat : Grand Hyatt, Jalan Pinang, Kuala Lumpur
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan media di Majlis Makan Malam dan memberi publisiti kepada aturcara tersebut.
SUMBER : Kementerian Luar Negeri
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : M. MUKUNDAN
Jabatan Komunikasi dan Diplomasi Awam
Kementerian Luar Negeri
Emel : mukundan@kln.gov.my
-BERNAMA |
|
|
|
|
|