Januari 01, 2026 -Khamis

 
 
 

Rabu 25/05/2016

MAJLIS PERASMIAN BANK MUAMALAT MALAYSIA BERHAD CAWANGAN GUA MUSANG

Bank Muamalat Malaysia Berhad akan mengadakan majlis perasmian cawangan baru Bank Muamalat Malaysia Berhad di Gua Musang, Kelantan pada 29hb Mei 2016.

Bersempena dengan itu, Y.Bhg Tan Sri Dato’ Dr. Mohd Munir Abdul Majid, Pengerusi Bank Muamalat Malaysia Berhad akan merasmikan cawangan baru Bank Muamalat di Gua Musang, Kelantan.

Majlis ini akan disaksikan oleh kakitangan kanan kerajaan; wakil-wakil dari pihak swasta; pihak pengurusan kanan dan kakitangan Bank Muamalat; pihak media dan juga masyarakat tempatan.

Majlis akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh : Ahad 29 Mei 2016

Masa : 12.00 tengah hari

Tempat : Ground Floor, PT 13772, 13773 & 13774, Bandar Baru Gua Musang 18300 Gua Musang, Kelantan


Program

12.00 tengah hari : Ketibaan Para Jemputan

12.05 tengah hari : Ketibaan Y.Bhg Tan Sri Dato’ Dr. Mohd Munir Abdul Majid
Pengerusi, Bank Muamalat Malaysia Berhad

12.10 tengah hari : Bacaan Doa

12.15 tengah hari : Ucapan oleh Y.Bhg Tan Sri Dato’ Dr. Mohd Munir Abdul Majid

12.20 tengah hari : Penyampaian Sumbangan

12.35 tengah hari : Perasmian Cawangan oleh Y.Bhg Tan Sri Dato’ Dr. Mohd Munir Abdul Majid

12.45 tengah hari : Jamuan Makan

1.30 petang : Majlis bersurai


Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis perasmian tersebut.

Sumber : Bank Muamalat Malaysia Berhad

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Nurshazrina
Tel : 012-3589876

Nama : Leiza
Tel : 011-32226558

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.