|
|
|
|
 |
| |
|
|
Khamis 26/05/2016
JEMPUTAN KE SIDANG MEDIA 'INTERNATIONAL FORUM ON DISABILITY MANAGEMENT (IFDM) 2016' OLEH YBG. DATO' DR. MOHAMMED AZMAN BIN DATO' AZIZ MOHAMMED, KETUA EKSEKUTIF PERKESO
Dimaklumkan bahawa PERKESO akan mengadakan majlis di atas seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh : Selasa 31 Mei 2016
Masa : 12.15 Tenghari
Tempat : Ruang Legar, Aras 19, Menara PERKESO 281 Jalan Ampang, 50538 Kuala Lumpur.
(Jamuan makan tengahari disediakan pada jam 01.00 petang)
Sidang media ini bertujuan untuk PERKESO menyampaikan maklumat lanjut mengenai forum di atas yang akan diadakan pada 22-24 November 2016 di KLCC nanti. Media akan dimaklumkan mengenai inti pati forum kepada media untuk dipanjangkan kepada orang ramai terutamanya majikan, pengamal perubatan rehabilitasi dan pengamal perubatan yang lain juga.
Forum ini juga sebagai platform dalam usaha PERKESO membantu peserta Program Return To Work (RTW), khususnya OKU untuk kembali berdikari & aktif menyumbang kepada produktiviti negara.
Sidang media tersebut akan dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Mohammed Azman B Aziz Mohammed, Ketua Eksekutif PERKESO.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan sidang media tersebut.
SUMBER : PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : WAN NORSHAKILA BT ABDUL SATAR
Pengurus Perhubungan Awam
Cawangan Perkhidmatan Pelanggan
Bahagian Perancangan & Hal Ehwal Korporat
Tel : +603 4264 5000 / +603 4264 5194 / 012 6040964
Faks : +603 4256 7798
Emel : shakila.satar@perkeso.gov.my
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|