|
|
|
|
 |
| |
|
|
Jumaat 27/05/2016
MAJLIS PELANCARAN PEMBANGUNAN BENTERA HELANG: PROJEK PEMBANGUNAN TANAH RIZAB MELAYU OLEH ANAK SYARIKAT PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR (PKNS)
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) melalui anak syarikatnya PKNS Engineering and Construction Berhad (PECB) akan melancarkan projek pembangunan di atas tanah rizab Melayu, Jalan Helang. Majlis akan disempurnakan oleh Pengurus Besar PKNS, Azlan Md Alifiah.
Majlis akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:
Hari/Tarikh : Khamis 2 Jun 2016
Masa : 9.30 Pagi
Tempat : Lot 3658, Jalan Helang, Batu 9 Sijangkang, Selangor.
Program
9.00 pagi : Ketibaan Tetamu Jemputan dan Media
: Lawatan pameran
: Ucapan aluan oleh Pengurus Besar PECB
Tuan Haji Ahmad Pauzi Mhd Noor
: Ucapan Perasmian Pengurus Besar PKNS-
Tuan Haji Azlan bin Md Alifiah
: Penyampaian cenderahati
: Gimik Perasmian
: Sesi Bergambar
: Sidang Media
: Jamuan
11.00 pagi : Bersurai
Kerjasama pihak media untuk membuat pengesahan kehadiran dengan KADAR SEGERA amat dihargai.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis pelancaran tersebut.
SUMBER : Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Amalia Hasannudin
Tel : 03-55201234 / ext- 1708 / 017-3096519
Faks : +603-5510 3204
Emel : amalia@pkns.gov.my
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|