|
|
|
|
 |
| |
|
|
Isnin 30/05/2016
JEMPUTAN LIPUTAN SIDANG MEDIA ‘PENGUMUMAN PERKHIDMATAN PPZ-MAIWP SEPANJANG RAMADAN 1437H’ OLEH KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF PPZ-MAIWP
Adalah dimaklumkan bahawa satu sidang media bagi ‘Pengumuman Perkhidmatan PPZ-MAIWP Sepanjang Ramadan 1437H’ akan dilaksanakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Hj Mohd Rais Hj Alias pada ketetapan seperti berikut:
Hari/Tarikh : Rabu 8 Jun 2016 / 3 Ramadan 1437 H
Masa : 10.30 pagi - 11.30 pagi
Tempat : Tingkat 7, Dewan Al-Qardawi, Wisma PPZ-MAIWP
68-1-6 Dataran Shamelin Perkasa
Jalan 4/91 Taman Shamelin Perkasa, 56100 Kuala Lumpur
Objektif Sidang Media ini dilakukan adalah sebagai pemberitahuan kepada umum berkaitan perkhidmatan yang ditawarkan oleh PPZ-MAIWP sepanjang bulan Ramadan ini.
Turut hadir Pengurus Besar Operasi PPZ-MAIWP, Encik Mohammed Hassan.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan sidang media tersebut.
SUMBER : Pusat Pungutan Zakat - MAIWP (PPZ-MAIWP)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Cik Nur Haliza Abd Rahman
Tel : 03-92895757 / 012-5003547
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|