|
|
|
|
 |
| |
|
|
Rabu 01/06/2016
JEMPUTAN KE MAJLIS PERJUMPAAN USAHAWAN AGROBANK, JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR DAN TEKUN
Agrobank akan mengadakan majlis perjumpaan bersama usahawan Agrobank dan TEKUN. Di majlis tersebut, Agrobank dan TEKUN akan menyampaikan surat tawaran pembiayaan manakala Jabatan Perkhidmatan Veterinar akan menyerahkan Bantuan Jom Tani. Penyampaian surat dan bantuan tersebut akan diserahkan oleh Yang Berhormat Dato’ Sri Tajuddin Bin Abdul Rahman, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Maklumat majlis adalah seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh : Khamis 2 Jun 2016
Masa : 2.30 petang – 5.30 petang
Tempat : Dewan Besar Blok B, Pejabat Jurutera Daerah Kuala Kangsar, Jalan Taiping 37000, Kuala Kangsar, Perak
Program
2.30 petang : Ketibaan Tetamu Jemputan/ Media
3.00 petang : Ketibaan Tetamu Kehormat
:Nyanyian lagu Negaraku
:Bacaan Doa
:Ucapan Perasmian oleh
YB Dato’ Sri Tajuddin Abdul Rahman
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
:Penyampaian Cek Pinjaman oleh TEKUN
:Penyampaian Surat Tawaran Pembiayaan oleh Agrobank Berhad
:Penyerahan Bantuan Jom Tani
:Program Penyerahan Bantuan PINTAF (Kambing)
:Minum Petang
:Majlis Tamat
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
Sumber : AGROBANK
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Syuhada Rais
Pegawai Perhubungan Awam Agrobank
Tel : 03-2731 1600 (ext 1651) / 012-672 4732
-BERNAMA |
|
|
|
|
|