Januari 01, 2026 -Khamis

 
 
 

Rabu 15/06/2016

WARNA WARNI AIDILFITRI 2016

Sukacita dimaklumkan, Kraftangan Malaysia akan menganjurkan Warna Warni Aidilfitri 2016 pada ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh : Rabu-Ahad 22 Jun - 3 Julai 2016

Masa : 10.00 pagi – 8.00 malam (Isnin – Khamis) dan 10.00 pagi – 10.00 malam (Jumaat – Ahad)

Tempat : Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay

Sila klik disini

Warna Warni Aidilfitri 2016 diadakan bertujuan untuk menggalakkan penyertaan usahawan kraf dan usahawan Aidilfitri dalam memasarkan produk kraf terus kepada pengguna dan pengunjung. Selain itu, penganjuran aktiviti yang masuk kali ke-12 tahun ini, diharapkan dapat terus mempopularkan Kompleks Kraf Kuala Lumpur sebagai Pusat Kraf Setempat, untuk mendapatkan produk kraf tempatan termasuklah dalam persiapan sambutan Aidilfitri. Warna-Warni Aidilfitri 2016 mengetengahkan aktiviti-aktiviti seperti berikut :

: Jualan Kraf & Perkhidmatan Aidilfitri oleh 200 usahawan

: Pameran dan Jualan Produk Kraf Baru Aidilfitri

: Demonstrasi Produk Kraf (Songkok, Kelingkam, Tekat Benang Emas, Jahitan, Tenun Pahang, Songket, Pembuatan Acuan Blok Tembaga & Kayu dan Batik Blok)

: Demonstrasi Kuih & Juadah Tradisi Aidilfitri (Leman Periuk Kera, Kuih Ros, Bangkit & Samperit, Biskut Dam, Tat Nenas, Sarang Semut, Bahulu Kacang Hijau, Kuih Belimbing, Wajik, Lemang dan Rendang Tok

: Interaktif Kraf (Anyaman Ketupat)

: As-Salam Ya Ramadan
- Bazar Ramadan
- Kaunter Zakat & Solat Sunat Tarawih

: Pertandingan
- Dodol Ria Aidilfitri (25 Jun, Sabtu)
- Sulaman Selendang Raya (26 Jun, Ahad)
- Memasak Kuih Bahulu Kebaboom (2 Julai, Sabtu)


Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan program tersebut.

SUMBER : Kraftangan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Cik Fazlin
Tel : 012-664 1734

Nama : Cik Norehan
Tel : 012-657 8824 / 03-2161 3793

-BERNAMA


 
 
 

Copyright @ 2026 MREM . All rights reserved.