Disember 31, 2025 -Rabu

 
 
 

Selasa 21/06/2016

JEMPUTAN KE MAJLIS SIDANG MEDIA WARNA-WARNI AIDILFITRI 2016 DAN MAJLIS BERBUKA PUASA

Sukacita dimaklumkan, Kraftangan Malaysia akan menganjurkan Warna Warni Aidilfitri 2016 mulai 22 Jun hingga 3 Julai 2016 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay. Program ini diadakan bagi mengetengahkan penggunaan produk kraf tempatan dalam persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Sehubungan itu, satu Majlis Sidang Media Warna-Warni Aidilfitri 2016 bersama Yang Berhormat Dato' Seri Mohamed Nazri bin Tan Sri Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia akan diadakan pada 23 Jun 2016 (Khamis), jam 6.00 petang, bertempat di Laman Budaya, Kompleks Kraf Kuala Lumpur seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Khamis 23 Jun 2016

Masa : 6.00 Petang

Tempat : Laman Budaya, Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay

Pakaian : Baju Kebangsaan / Kemas

(Pendaftaran Media di Lobi Seri Anjung)

Program

6.00 petang : Ketibaan Rakan Media

Ketibaan Tetamu Jemputan

Ketibaan Dif-dif Kehormat

6.15 petang : Ketibaan YB Dato' Seri Mohamed Nazri bin Tan Sri Abdul Aziz,
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia

Lawatan ke Khemah Jualan

6.45 petang : Ucapan Alu-aluan oleh YB Dato' Seri Mohamed Nazri bin Tan Sri Abdul Aziz,
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia

Sesi Sidang Media

Berbuka Puasa / Jamuan

8.30 malam : Majlis Bersurai


Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis Sidang Media Warna-Warni Aidilfitri 2016 yang akan disusuli dengan Majlis Berbuka Puasa.

SUMBER : Kraftangan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI :
Bahagian Komunikasi Korporat
Kraftangan Malaysia
Tel : 03 - 2161 36793
Website : www.kraftangan.gov.my

-BERNAMA


 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.