Disember 31, 2025 -Rabu

 
 
 

Khamis 23/06/2016

MAJLIS PELANCARAN DAN WALKABOUT JOM BELI BARANG RAYA @ PUTRAJAYA

Dimaklumkan bahawa YBhg. Dato' Sri Jamil bin Salleh, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan merasmikan majlis di atas seperti ketetapan berikut :

Hari/Tarikh : Jumaat 24 Jun 2016

Masa : 12.00 tengah hari

Tempat : Medan Letak Kereta, Istana Kehakiman, Presint 2, Putrajaya.


Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan program tersebut. Dimohon semua wakil media untuk mengemukakan pas perakuan media yang dikeluarkan oleh Jabatan Penerangan semasa mendaftar.

SUMBER : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT,SILA HUBUNGI:
Nama : Hairol Hisham Hamdan
Tel: 019-8485 256

-BERNAMA



 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.