Disember 31, 2025 -Rabu

 
 
 

Selasa 28/06/2016

LAWATAN PEMANTAUAN HARGA KE BAZAR RAMADAN PUTRAJAYA

Dimaklumkan bahawa YBhg. Dato' Sri Jamil bin Salleh, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan mengadakan lawatan di atas seperti ketetapan berikut :

Tarikh: Selasa 28 Jun 2016

Masa: 5.00 Petang

Tempat: Bazar Ramadan Putrajaya
(Medan Letak Kenderaan, Istana Kehakiman, Presint 2, Putrajaya.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

Dimohon semua wakil media untuk mengemukakan pas perakuan media yang dikeluarkan oleh Jabatan Penerangan semasa mendaftar.

Semua Media diminta berkumpul di Medan Letak kenderaan di belakang bangunan Istana Kehakiman.

SUMBER: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : En. Abdul Halim bin Pakri
Tel: 012-5102122

Nama : Hairol Hisham Hamdan
Tel: 019-8485256

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.