|
|
|
|
 |
| |
|
|
Rabu 29/06/2016
MAJLIS PENGEDARAN 8,000 PEK KUIH RAYA KEPADA PENGGUNA PLAZA TOL GOMBAK LEBUHRAYA KL-KARAK
Dengan segala hormatnya tuan/puan pengarang adalah dijemput ke MAJLIS PENGEDARAN 8,000 PEK KUIH RAYA KEPADA PENGGUNA PLAZA TOL GOMBAK LEBUHRAYA KL-KARAK seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh: Ahad 3 Julai 2016
Masa: 10.30 Pagi
Tempat : Berkumpul di tempat letak kereta Pejabat Plaza Tol Gombak, Lebuhraya KL-Karak
Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba tidak lama lagi, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan mengedarkan 8,000 pek kuih raya kepada pengguna lebuhraya yang menggunakan tiga plaza tol Plaza Tol Gombak di Lebuhraya KL-Karak, Plaza Tol Setul di Lebuhraya Kajang Seremban (LEKAS) dan kawasan Rawat dan Rehat (RNR) terpilih.
Program yang julung kali diadakan ini bertemakan "Raya bersama PKNS" bertujuan untuk menghargai pelanggan-pelanggan PKNS dan merapatkan hubungan ukhwah antara PKNS dan orang awam.
Kerjasama pihak media untuk membuat pengesahan kehadiran dengan KADAR SEGERA amat dihargai.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis pelancaran tersebut.
SUMBER : Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Amalia Hasannudin
Tel : 03-55201234 / ext- 1708 / 017-3096519
Faks : +603-5510 3204
Emel : amalia@pkns.gov.my
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|