|
|
|
|
 |
| |
|
|
Selasa 12/07/2016
MAJLIS PELANCARAN MINGGU ANTARABANGSA STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN (NBOS)
Dalam usaha untuk mencapai matlamat menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020, Malaysia telah meletakkan kreativiti dan inovasi sebagai agenda penting dalam usaha membangunkan Negara dan memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada rakyat.
Inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) menjadi wadah bagi menyampaikan perkhidmatan kerajaan yang pantas serta berimpak tinggi, di samping megekalkan kos menyediakan perkhidmatan yang rendah, dilaksanakan bermula pada tahun 2009 yang membabitkan kementerian, jabatan, agensi dan pihak berkuasa tempatan di seluruh negara.
Sehingga kini, terdapat lebih 80 inisiatif NBOS tercipta hasil kerjasama rapat berkenaan dengan berkongsi sumber, idea dan pelaksanaan bagi menyampaikan perkhidmatan yang bernilai tinggi dan berkualiti kepada rakyat.
Sehubungan dengan inisiatif ini, Malaysia akan menjadi tuan rumah bagi Persidangan Antarabangsa Strategi Lautan Biru (International Conference on Blue Ocean Strategy) bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Malaysia dari 16-18 Ogos 2016 dengan tema ‘Transformasi Negara Melalui Kreativiti dan Inovasi ‘ (Transforming Nations through Creativity and Innovation).
Sukacita dimaklumkan bahawa YBhg. Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr. Ali Hamsa akan melancarkan majlis Pelancaran Minggu Antarabangsa Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang akan diadakan seperti ketetapan berikut :
Hari/Tarikh : Khamis 14 Julai 2016
Masa : 4.00 petang
Tempat : Dewan Taklimat, Aras 1 Bangunan Blok Timur, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya
Dimohon semua wakil media untuk mengemukakan pas perakuan media yang dikeluarkan oleh Jabatan Penerangan semasa mendaftar.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis pelancaran tersebut.
SUMBER : Jabatan Perdana Menteri
UNTUK MAKLUMAT LANJUT,SILA HUBUNGI:
Nama : Zakiah Hanim Zainal
Pegawai Komunikasi
Pejabat Ketua Setiausaha Negara
Tel: +603 8890 5694 | 019-3369301
Faks: +603 8888 386
Url: www.pmo.gov.my/ksn
http://icbos.com.my
https://www.capam.org
http://bosawards.com
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|