|
|
|
|
 |
| |
|
|
Jumaat 22/07/2016
MAJLIS PELANCARAN APLIKASI MYHAWKER
YB Datuk Seri Mah Siew Keong, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) akan melancarkan aplikasi MyHawker. MyHawker adalah aplikasi yang dibangunkan untuk memperkenalkan perniagaan penjaja di Malaysia. Tujuan aplikasi ini adalah untuk mempromosikan lokasi para penjaja dan meningkatkan ketersampaian para pengunjung ke gerai-gerai atau pusat-pusat penjaja. Majlis pelancaran aplikasi akan diadakan seperti ketetapan di bawah:
Hari/Tarikh : Selasa 26 Julai 2016
Masa : 2.00 petang
Tempat : Pentas Utama, Plaza Sungei Wang, Jalan Bukit
Bintang, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER : Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT,SILA HUBUNGI:
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia
Nama : Cik Sukkee Tan
Tel : 012 511 2938
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|