|
|
|
|
 |
| |
|
|
Isnin 01/08/2016
STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN (NBOS) RUN & RIDE 2016
Malaysia akan menganjurkan Minggu Antarabangsa Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) 2016 daripada 14 – 20 Ogos 2016 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) Run & Ride 2016 merupakan acara sukan khas sebagai sokongan kepada program Persidangan Antarabangsa Strategi Lautan Biru yang akan berlangsung dari 16 hingga 18 Ogos 2016.
Pelepasan Strategi Lautan biru Kebangsaan (NBOS) Run & Ride 2016 akan disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Dr Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara (KSN) pada ketetapan seperti berikut:
Hari/Tarikh: Ahad 14 Ogos 2016
Masa: 7.10 pagi
Tempat: Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Presint 5, Putrajaya
(Di hadapan Pondok Pengawal PICC)
Sebanyak 8 Kategori ditawarkan iaitu acara larian 11KM, acara Fun Run & Fun Ride. Acara khas iaitu Persidangan Pertubuhan Komanwel bagi Pentadbiran Awam dan Pengurusan (CAPAM) Celebrity Walk juga turut diadakan sempena acara ini.
Klik Sini untuk Senarai Kategori
Peserta yang mendaftar dalam acara ini akan diberikan baju T-Shirt jenama Brooks, Set Sarapan Pagi, Sijil Penyertaan dan Finishers Medal bagi peserta yang berjaya menamatkan acara masing-masing.
Peserta boleh mengambil kit larian masing-masing yang mengandungi baju dan bib di Lower Ground (LG), Viva Home Shopping, 85 Jalan Loke Yew, 55200 Kuala Lumpur pada 6 Ogos 2016 hingga 7 Ogos 2016 (Sabtu dan Ahad) mulai jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang.
Pendaftaran hendaklah dibuat sebelum 31 Julai 2016. Layari laman web www.howei.com untuk pendaftaran atas talian.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar bagi membuat liputan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) Run & Ride 2016.
SUMBER: MAJLIS KEBAJIKAN DAN SUKAN ANGGOTA-ANGGOTA KERAJAAN MALAYSIA (MAKSAK)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
URUSETIA MAKSAK
Nama: Samiuon Bin Shomidun
Tel: 03-9287 4491 / 011-2320 2360
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|