|
|
|
|
 |
| |
|
|
Isnin 01/08/2016
JEMPUTAN UNTUK MEMBUAT LIPUTAN MEDIA SEMPENA SESI LAWATAN DAN TAKLIMAT YB MENTERI DAN YB TIMBALAN MENTERI KE LKTN
Sukacita dimaklumkan bahawa YB Datuk Seri Mah Siew Keong dan YB Datuk Datu Nasrun b. Datu Mansur, Menteri dan Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) akan mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) di Kubang Kerian Kelantan pada 4 Ogos 2016 (Khamis).
YB Menteri akan mengadakan sidang Media selepas sesi taklimat di LKTN seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh : Khamis 4 Ogos 2016
Masa : 4.00 petang
Tempat : Ibu Pejabat LKTN, Kubang Kerian Kelantan
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan lawatan, taklimat dan sidang media tersebut.
SUMBER : Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT,SILA HUBUNGI:
Nama : Hj. Mohd Kamarudin B. Musa
Pegawai Komunikasi Korporat
Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara
Tel : 012-9651109
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|