|
|
|
|
 |
| |
|
|
Selasa 02/08/2016
LAWATAN PENGERUSI JAWATANKUASA PELANCONGAN & KEBUDAYAAN NEGERI PAHANG KE PROMOSI KRAF MALAYSIA 2016
Sukacita dimaklumkan, Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang akan mengadakan Promosi Kraf Malaysia mulai 3 – 7 Ogos 2016 dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam bertempat di Pusat Beli Belah East Coast Mall, Kuantan Pahang.
Sehubungan itu, satu Lawatan Rasmi & Majlis Sidang Media Promosi Kraf Malaysia bersama Yang Berhormat Dato’ Sri Haji Mohd Sharkar bin Haji Shamsudin, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:
Hari/Tarikh: Khamis 3 Ogos 2016
Masa: 3.00 petang
Tempat: Concourse Area, East Coast Mall, Kuantan, Pahang
Program
2.45 petang: Ketibaan Jemputan dan Media
3.00 petang: Ketibaan Yang Berhormat Dato' Sri Haji Mohd Sharkar bin Haji Shamsudin
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan & Kebudayaan Negeri Pahang
4.30 petang: Lawatan ke booth Jualan Usahawan
Sidang Media
Jamuan
Majlis Bersurai
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan lawatan, taklimat dan sidang media tersebut.
SUMBER: Kraftangan Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Fazlin
Bahagian Komunikasi Korporat
Tel: 03-2161 3793 / 012-664 17314
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|