|
|
|
|
 |
| |
|
|
Rabu 03/08/2016
SAMBUTAN HARI ASEAN PADA 8 OGOS 2016 DI KEMENTERIAN LUAR NEGERI
ASEAN akan menyambut ulangtahun penubuhannya yang ke-49 pada 8 Ogos 2016. Di peringkat Kementeri, Hari ASEAN tersebut akan disambut dengan Upacara Menaikkan Bendera pada ketetapan seperti berikut:
Hari/Tarikh: Isnin 8 Ogos 2016
Masa: 8.45 pagi - 9.45 pagi
Klik sini untuk program Hari ASEAN Ke-49
Tempat: Dataran Bunga Raya, WP1, Kementerian Luar Negeri, No. 1, Jalan Wisma Putra, Presint 2, Putrajaya
YB Dato’ Seri Reezal Merican Naina Merican, Timbalan Menteri Luar Negeri, Malaysia akan merasmikan ucapara tersebut dengan kehadiran para diplomat asing dan Pegawai-pegawai Kementerian. Bagi memeriahkan suasana sambutan Hari ASEAN, pelajar-pelajar sekolah akan turut dijemput untuk menyaksikan upacara tersebut.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan media di Upacara Menaikkan Bendera sempena Hari ASEAN Ke-49.
SUMBER : Kementerian Luar Negeri
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : M. MUKUNDAN
Jabatan Komunikasi dan Diplomasi Awam
Kementerian Luar Negeri
Emel : mukundan@kln.gov.my
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|