Disember 31, 2025 -Rabu

 
 
 

Isnin 08/08/2016

BENGKEL PENGURUSAN STRES "TERAPI MUZIK"

Pusat Perundingan & Latihan (PPLI), Institut Kefahaman Islam Malaysia akan menganjurkan Bengkel Pengurusan Stress “Terapi Muzik” pada 13-14 Ogos 2016 (Sabtu-Ahad), di Ancasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh: Sabtu & Ahad 13 - 14 Ogos 2016

Masa: 8.00 pagi (13 Ogos 2016) - 8.30 Pagi (14 Ogos 2016)

Tempat: Ancasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur

Objektif
(i) Mengenal pasti kelebihan dan kebaikan terapi muzik dalam pengurusan stres;
(ii) Memberi kemahiran dalam mengolah tindakan terhadap sesuatu tekanan melalui terapi muzik; dan
(iii) Memberi panduan dalam penggunaan alat muzik sebagai terapi menangi stres.

Program
13 Ogos 2016 (Sabtu)

8.00 pg: Pendaftaran Peserta

8.30 pg: MODUL 1
”Stres & Terapi Muzik”
Pn. Zarita Kasim, Felow PPLI

10.30 pg: Jamuan Ringan


11.00 pg: MODUL 2
”Muzik & Panduan Imaginasi (Music & Guided Imagery)”
Tn. Mohd Zaki Sarpan, Pegawai Psikologi MITI

1.00 t/hari: Jamuan Tengahari & Solat Zohor

2.30 ptg: MODUL 3
”Analisis Muzik & Lirik”
Tn. Haiqal Hermanshah, Jurulatih Colours of Sound

1.00 t/hari: Jamuan Tengahari & Solat Zohor

9.00 mlm: MODUL 4
”Terapi Muzik: Drum Circle I”
Tn. Haiqal Hermanshah, Jurulatih Colours of Sound


14 Ogos 2016 (Ahad).

8.30 pg: MODUL 5
”Terapi Muzik: Drum Circle II”
Tn. Haiqal Hermanshah, Jurulatih Colours of Sound

10.30 pg: Jamuan Ringan

11.00 pg: MODUL 6
”Menangi Stres: LDK (Latihan Dalam Kumpulan)”
Pn. Zarita Kasim, Felow PPLI

1.00 t/hari: Bersurai

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan untuk Bengkel yang diusahakan oleh pihak IKIM tersebut.

SUMBER: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: En. Gulam
Tel: 03-6204 6331 /017-4094490

Nama: Pn. Zawiah
Tel: 03-6204 6329/019-333 4253

Nama: Pn. Wan Zahidah
Tel: 03-6204 6330/ 013-958 0726

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.