|
|
|
|
Disember 30, 2025 -Selasa |
|
|
|
 |
| |
|
|
Isnin 22/08/2016
JEMPUTAN MEDIA: ACARA-ACARA UTAMA SEPANJANG 34th SCIENTIFIC COMITTEE ON ANTARCTIC RESEARCH (SCAR) 2016 BIENNIAL MEETINGS INCLUDING THE 2016 OPEN SCIENCE CONFERENCE
Sukacita dimaklumkan bahawa Malaysia melalui Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan menjadi tuan rumah kepada "34th Scientific Committee on Antarctic Research (SCAR) Biennial Meetings including the 2016 Open Science Conference" (SCAR 2016) pada 20 hingga 30 Ogos 2016 bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). Persidangan ini dianjurkan julung kalinya oleh sebuah negara di benua Asia dengan penyertaan seramai 800 peserta dari 40 buah negara yang menjalankan penyelidikan di Antartika.
Sebagai makluman, SCAR adalah satu jawatankuasa pelbagai disiplin di bawah International Council for Science (ICSU) yang berperanan untuk membangun dan mengkoordinasikan penyelidikan saintifik antarabangsa di Antartika. SCAR turut menawarkan input nasihat saintifik kepada Antarctic Treaty Consultative Meetings serta organisasi lain melibatkan pengurusan Antartika dan Lautan Selatan (Southern Ocean).
Acara-acara berlangsung seperti ketetapan berikut:
1) MUSE Prize Award Presentation and MUSE Prize Award Lecture
Hari/Tarikh: Selasa 23 Ogos 2016
Masa: 8.30 pagi - 9.15 pagi
Tempat: Banquet Hall, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)
Tetamu: Presiden SCAR, Prof Jerónimo López-Martínez
2) Celebrating Women in Antarctic Research – Wikibomb
(To promote & celebrate the achievements of female Antarctic scientists within the SCAR community in order to increase the visibility of these leading and influential role models for younger female researchers and to stimulate girls around the world to pursue science careers)
Hari/Tarikh : Selasa 23 Ogos 2016
Masa: 7.00 malam - 9.00 malam
Tempat: Room 401 & 402, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan acara-acara berikut.
SUMBER: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Norizan binti Jamali
Tel:019-3054704
Nama: Encik Mohd Fardy bin Ibrahim
Tel: 019-2934980
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|