|
|
|
|
Disember 30, 2025 -Selasa |
|
|
|
 |
| |
|
|
Selasa 23/08/2016
OSC Dinner & SCAR Excellent Medal Presentation
Sukacita dimaklumkan bahawa Malaysia melalui Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menjadi tuan rumah kepada "34th Scientific Committee on Antarctic Research (SCAR) Biennial Meetings including the 2016 Open Science Conference" (SCAR 2016) pada 20 hingga 30 Ogos 2016 bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). Persidangan ini dianjurkan julung kalinya oleh sebuah negara di benua Asia dengan penyertaan seramai 800 peserta dari 40 buah negara yang menjalankan penyelidikan di Antartika.
Sebagai makluman, SCAR adalah satu jawatankuasa pelbagai disiplin di bawah International Council for Science (ICSU) yang berperanan untuk membangun dan mengkoordinasikan penyelidikan saintifik antarabangsa di Antartika. SCAR turut menawarkan input nasihat saintifik kepada Antarctic Treaty Consultative Meetings serta organisasi lain melibatkan pengurusan Antartika dan Lautan Selatan (Southern Ocean).
OSC Dinner & SCAR Excellent Medal Presentation akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh: Khamis 25 Ogos 2016
Masa: 7.45 malam - 10.30 malam
Tempat: Conference Hall 1,2 dan 3, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)
Tetamu: YB Datuk Seri Panglima Madius Tangau, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Norizan binti Jamali
Tel:019-3054704
Nama: Encik Mohd Fardy bin Ibrahim
Tel: 019-2934980
-BERNAMA |
|
|
|
|
|