|
|
|
|
Disember 30, 2025 -Selasa |
|
|
|
 |
| |
|
|
Selasa 23/08/2016
Jemputan Media Ke Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2016
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan mengadakan Sambutan Hari Wanita Kebangsaan 2016 yang akan dirasmikan oleh YAB Dato' Sri Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada ketetapan berikut :
Hari/Tarikh : Khamis 25 Ogos 2016
Masa : 2.00 petang
Tempat : Dewan Plenari,
Putrajaya International Convention Centre (PICC)
Tetamu Kehormat : YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia
:YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor
Isteri kepada YAB Perdana Menteri
:YB Dato’ Sri Rohani Abdul Karim,
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
:YB Datuk Hajah Azizah Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
:YB Datin Paduka Chew Mei Fun
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
:YBrs. Dr. Rose Lena Lazemi
Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Untuk makluman, sambutan Hari Wanita Kebangsaan pada tahun ini bertemakan Sepadu Usaha : Tiada Wanita Ketinggalan seiring dengan komitmen Malaysia untuk memastikan inklusif, memastikan penglibatan semua pihak ke arah kemajuan wanita dan kesaksamaan gender. Pelbagai aktiviti telah dirangka sempena sambutan ini seperti Jelajah Pra Hari Wanita Kebangsaan, Seminar Literasi Undang-undang dan pemeran booth jualan usahawan dan informasi. Tema warna sambutan pada tahun ini adalah merah jambu (pink) dan jemputan adalah digalakkan untuk berpakaian mengikut tema tersebut.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera hadir membuat liputan Sambutan Hari Wanita Kebangsaan 2016 tersebut.
SUMBER:Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Fadzil Maszuki
Tel : 019-611 3560
Nama : Rashiman Rasit
Tel : 019-285 5965
-BERNAMA |
|
|
|
|
|