Disember 30, 2025 -Selasa

 
 
 

Selasa 30/08/2016

DANAJAMIN MIGHTY7 RUN

Danajamin Nasional Berhad, Insurer Jaminan Kewangan negara, akan mengadakan sebuah larian amal iaitu “Danajamin Mighty7 Run” untuk memberi kesedaran tentang autisme. Melalui acara larian amal ini pihak Danajamin turut menyokong Persatuan Autisme Malaysia (NASOM) di mana sejumlah sumbangan beserta separuh daripada kutipan yuran penyertaan akan diserahkan kepada Pusat Bandar Puteri, Kelang di bawah NASOM. Pusat ini merupakan sebuah pusat vokasional untuk melatih golongan remaja dan dewasa yang mempunyai autisme dengan kemahiran dalam penyediaaan makanan, membuat kek serta mencuci dan mendobi. Larian ini juga adalah bersempena dengan ulangtahun yang ke-7 syarikat ini.

Butir-butir larian amal “Danajamin Mighty7 Run” adalah seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Ahad 4 September 2016

Masa : 7.00 pagi – 10.30 pagi

Tempat : Persiaran Flora, Cyberjaya (Berhadapan D’Pulze Shopping Centre)

Program
6.30 pagi : Ketibaan tetamu dan peserta-peserta larian

7.00 pagi : Penyerahan cek replika kepada NASOM

7.10 pagi : Sesi “Warm Up”

7.20 pagi : Peserta-peserta berkumpul

7.30 pagi : Pelepasan Peserta

8.05 pagi : Jangkaan ketibaan pelari pertama

:Penyerahan pingat dan sijil di garisan penamat

:Penyerahan barangan cenderahati di kanopi

8.45 pagi : Persembahan koir oleh NASOM

9.00 pagi : Cabutan bertuah

:Jangkaan ketibaan pelari terakhir

10.30 pagi : Acara Tamat

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan “Danajamin Mighty7 Run” tersebut.

SUMBER : Danajamin Nasional Berhad (Danajamin)​

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Emilia Azyyati Abdul Rahman
Tel : 013-345 2310
Emel : emilia@danajamin.com

Nama : Ain Zubaidah Zulkifli
Tel : 017-6018220
Emel : ain@danajamin.com

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.