|
|
|
|
Disember 30, 2025 -Selasa |
|
|
|
 |
| |
|
|
Jumaat 02/09/2016
SIDANG MEDIA SEMPENA SEMINAR PELABURAN TERENGGANU 2016
YBhg. Dato’ Azman Mahmud, Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) akan menyampaikan ucaptama di Seminar Pelaburan Terengganu 2016, anjuran bersama MIDA dan Kerajaan Negeri Terengganu bertempat di Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.
Satu sidang media akan diadakan bersempena dengan seminar tersebut seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh: Isnin 5 September 2016
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Dewan Gamelan I, II & III, Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman
Program
9.00 pagi : Pendaftaran Media
9:30 pagi : Bacaan Doa
9.40 pagi : Kata-kata Aluan oleh Y.B.M Dato’ Tengku Putera Tengku Awang
Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan Negeri Terengganu
9.50 pagi : Ucaptama oleh Y.Bhg Dato’ Azman Mahmud
Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia
10.00 pagi : Sidang Media
Tempat: Foyer Dewan Gamelan
Sesi 1
10.30 pagi : Taklimat Mengenai Halatuju Pembangunan Negeri
11.15 pagi : Sesi soal jawab
Sesi 2
11.30 pagi : Peluang – peluang Perniagaan dan Pelaburan Serta Hala Tuju / Bajet Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK 11)
1.00 petang: Makan tengahari
2.30 petang: Sesi Dialong Bersama Syarikat-syarikat Multinasional di Terengganu bagi mempromosikan insentif Hab Prinsipal.
Tempat : Dewan Rebana 5
3.30 petang: Sesi soal jawab
Sesi tamat
Peluang ini membolehkan pihak tuan/puan berkongsi dengan pembaca/penonton mengenai perkembangan pelaburan terbaharu di Terengganu dan insentif yang disediakan oleh Kerajaan bagi menyokong serta meningkatkan daya saing syarikat-syarikat.
Sukacita sekiranya tuan/puan dapat mengesahkan kehadiran selewat-lewatnya pada 4 September 2016 (Ahad) sebelum pukul 5.00 petang.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan seminar dan sidang media berikut.
SUMBER : Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: KHAIRUL AMIR ALAIS
Bahagian Maklumat dan Komunikasi, MIDA
Tel: 03-22673505 / 012-3275657
Emel: khairulamir@mida.gov.my
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|