|
|
|
|
Disember 30, 2025 -Selasa |
|
|
|
 |
| |
|
|
Jumaat 02/09/2016
JEMPUTAN LIPUTAN MEDIA: PROGRAM BERSAMA KAK TON : CANTIK LUAR, CANTIK DALAM
Pusat Pungutan Zakat - MAIWP (PPZ-MAIWP) dengan kerjasama Pravenus Beauty Sdn Bhd akan mengadakan ‘Program bersama Kak Ton : Cantik Luar, Cantik Dalam' pada:
Hari/Tarikh : Rabu 7 September 2016 / 5 Zulhijjah 1437 H
Masa : 12.30 tengahari - 1.45 petang
Tempat : Dewan Serbaguna, Aras 2, Blok C, Dataran Maybank Bangsar Kuala Lumpur
Program kolaborasi seumpama ini diadakan bertujuan bagi menarik lebih ramai kakitangan swasta untuk memahami secara tidak langsung berkaitan zakat serta aspek kebersihan dan kecantikan di dalam Islam. Meminjam aura Kak Ton yang terkenal dengan produk Beauty Umaira', diharapkan dapat menarik minat lebih ramai penonton untuk bersama-sama PPZ-MAIWP dan Pravenus Beauty Sdn Bhd dalam dakwah yang ingin disampaikan.
Turut bersama-sama dalam menjayakan program ini adalah Ustazah Shadiya Abbas, penceramah bebas, Ustazah Hafizah Musa dan Salima Habibi, selebriti dakwah tempatan.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan program tersebut.
Sumber : Pusat Pungutan Zakat -MAIWP (PPZ-MAIWP)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Nur Haliza Abd.Rahman
Tel : 03-92895757 / 012-5003547
-BERNAMA |
|
|
|
|
|