|
|
|
|
Disember 30, 2025 -Selasa |
|
|
|
 |
| |
|
|
Isnin 19/09/2016
JEMPUTAN LIPUTAN MEDIA SIRI KEDUA CANTIK LUAR, CANTIK DALAM BERSAMA KAK TON DI MASJID SAIDINA ABU BAKAR BANGSAR
Pusat Pungutan Zakat -MAIWP (PPZ-MAIWP) dengan kerjasama Pravenus Beauty Sdn Bhd akan mengadakan ‘Siri kedua Cantik Luar, Cantik Dalam bersama Kak Ton' pada ketetapan berikut:
Tarikh : Isnin 26 September 2016
Masa : 9.45 pagi - 11.30 pg
Tempat : Masjid Saidina Abu Bakar, Bangsar
Program kolaborasi seumpama ini diadakan bertujuan bagi menarik lebih ramai umum di sekitar Masjid Saidina Abu Bakar untuk memahami secara tidak langsung berkaitan zakat serta aspek kebersihan dan kecantikan di dalam Islam. Diharapkan program seumpama ini, dapat menarik minat lebih ramai penonton untuk bersama-sama PPZ-MAIWP dan Pravenus Beauty Sdn Bhd di dalam dakwah yang ingin disampaikan.
Turut bersama-sama dalam menjayakan program ini adalah Ustazah Shadiya Abbas, penceramah bebas, Ustazah Hafizah Musa dan Salima Habibi, selebriti dakwah tempatan.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
Sumber : Pusat Pungutan Zakat -MAIWP (PPZ-MAIWP)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: NOR MUKSHAR HARUN
Pen. Pengurus Besar
Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP
Tel: 019-386 1820
Nama : Nur Haliza Abd.Rahman
Penolong Pengurus
Unit Komunikasi Korporat PPZ-MAIWP
Tel : 03-92895757 / 012-5003547
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|