Disember 30, 2025 -Selasa

 
 
 

Selasa 20/09/2016

PENGUMUMAN KERJASAMA PRODUKSI TERBESAR ANTARA MALAYSIA-SINGAPURA UNTUK PROGRAM FAKTA BERSIRI, "BORNEO"

Syarikat produksi terkemuka dari Singapura, Beach House Pictures (BHP) dan syarikat produksi Malaysia, Kyanite TV akan melancarkan BORNEO, sebuah siri dokumentari 10 episod berdurasi 30 minit yang merupakan kerjasama produksi terbesar bagi program fakta bersiri antara Malaysia dan Singapura. Kedua-dua syarikat produksi ini juga bekerjasama dengan Discovery Networks Asia-Pacific, UKTV, Perbadanan Pembangunan Media Singapura (MDA) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) untuk memaparkan kisah-kisah menarik dari kepulauan tersebut untuk penonton tempatan dan antarabangsa.

Pengumuman tersebut akan diadakan sempena majlis pembukaan Asia Content Business Summit (ACBS) ke-5 yang akan diadakan di Malaysia buat pertama kali.

Majlis akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh : Khamis 22 September 2016

Masa : 8.30 PAGI

Tempat : Conference Hall 3, Tingkat 3, Kuala Lumpur Convention Centre


Program

8:30 am : Ketibaan hadirin dan pendaftaran media

9:00 am : Ucapan alu-aluan oleh Dato’ Kamil Othman, Ketua Pengarah FINAS

9:05 am : Ucapan pembukaan oleh En. Fred CY Wang, Pengerusi ACBS

9:10 am : Pengenalan ahli-ahli ACBS

9:15 am : Ucapan perasmian oleh YBhg. Dato' Mohid Mohamed, Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM)

9:25 am : Sesi fotografi bersama ahli-ahli ACBS

9:30 am : Tayangan Trailer BORNEO

9:34 am : Ucapan oleh Jocelyn Little, Pengarah Urusan Beach House Pictures (Singapura)

9.36 am : Ucapan oleh Michael Lim, Pengarah Urusan Kyanite TV (Malaysia)

9.38 am : Majlis Pengumuman Rasmi, disaksikan oleh Dato’ Kamil Othman

9.42 am : Sesi fotografi

9.45 am : Majlis bersurai


Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis pengumuman tersebut.

SUMBER : Global Creative & Media Agency (GCMA)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT DAN RSVP, SILA HUBUNGI:
Nama : Amzar Anizam
Pengurus Perhubungan Awam di Global Creative Media Agency (GCMA)
Tel : 017 988 8678
Emel : amzar.anizam@gcma.tv

-BERNAMA


 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.