|
|
|
|
Disember 30, 2025 -Selasa |
|
|
|
 |
| |
|
|
Khamis 22/09/2016
JEMPUTAN MEDIA UNTUK MEMBUAT LIPUTAN SEMASA UPACARA PEMBUKAAN DEBAT BELIA BERKENAAN HAK ASASI MANUSIA ANJURAN SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA ANTARA KERAJAAN ASEAN (AICHR), 23 SEPTEMBER 2016
Suruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN Mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR) akan menganjurkan Debat Belia AICHR berkenaan Hak Asasi Manusia pada 22 dan 23 September 2016. Acara ini akan diterajui oleh AICHR-Malaysia, Kementerian Luar Negeri Malaysia dengan kerjasama Universiti Malaya, Institut Debat dan Pengucapan Awam Malaysia (MIDP), Sekretariat ASEAN dan the United States Partnership for Good Governance, Equitable and Sustainable Development and Security (US PROGRESS). Ini merupakan kali ketiga penganjuran Debat Belia berkenaan Hak Asasi Manusia oleh AICHR. Tema bagi debat pada kali ini ialah “Merealisasikan Agenda 2030 untuk Pembangunan Lestari dalam Konteks Perisytiharan Hak Asasi Manusia ASEAN (AHRD)" seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh: Jumaat 23 September 2016
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Auditorium Tun Mohamed Suffian,Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya, W.P. Kuala Lumpur
Klik Sini untuk Program
Untuk makluman, upacara pembukaan akan disempurnakan dengan ucaptama oleh TYT Edmund Bon Tai Soon, Wakil Malaysia ke AICHR dan diikuti oleh TYT Phoukhong Sisoulath, Pengerusi AICHR 2016 yang juga Wakil Lao PDR ke AICHR dan Profesor Madya Dr. Johan Shamsuddin Sabaruddin, Dekan Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya.
Wakil media dijemput untuk hadir 30 minit sebelum waktu majlis bermula.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan upacara pembukaan debat tersebut.
SUMBER : Kementerian Luar Negeri Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Azreey Abu Kasim
Penolong Pengarah
Jabatan Komunikasi dan Diplomasi Awam
Kementerian Luar Negeri Malaysia
Tel : 03-8887 4376
Faks : 03-8889 2726
Mobile : 014 663 3896
E-mail : azreey@kln.gov.my
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|