|
|
|
|
Disember 30, 2025 -Selasa |
|
|
|
 |
| |
|
|
Khamis 22/09/2016
JEMPUTAN LIPUTAN MEDIA HI - TEA BERSAMA KAK TON DAN USTAZ DON DANIYAL, 'CANTIK, BERKAT & MEMIKAT'
Pusat Pungutan Zakat -MAIWP (PPZ-MAIWP) dengan kerjasama Pravenus Beauty Sdn Bhd akan mengadakan HI-TEA BERSAMA KAK TON DAN USTAZ DON, 'CANTIK, BERKAT & MEMIKAT' seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh : Rabu 28 September 2016 / 26 Zulhijjah 1437 H
Masa : 3.00 petang - 5.30 petang
Tempat : Restoran Rebung
Cascade Parking Bukit Aman, 5-2, Jalan Tanglin, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
Program Hi- Tea ini menghimpunkan stokis-stokis dari Pravenus Beauty Sdn Bhd untuk bersama-sama program anjuran bersama PPZ-MAIWP ini agar objektifnya program ini diadakan dapat dicapai iaitu memberi hebahan zakat juga dakwah santai kepada para stokis yang hadir. Diharapkan program seumpama ini, dapat menarik minat lebih ramai umum untuk menyedari akan kewajipan berzakat dan membantu yang lebih memerlukan.
Turut bersama-sama dalam menjayakan program ini adalah Ustazah Shadiya Abbas, penceramah bebas dan Salima Habibi, selebriti dakwah tempatan.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
Sumber : Pusat Pungutan Zakat -MAIWP (PPZ-MAIWP)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Nur Haliza Abd Rahman
Tel : 012-500 3547
-BERNAMA |
|
|
|
|
|