|
|
|
|
Disember 30, 2025 -Selasa |
|
|
|
 |
| |
|
|
Jumaat 23/09/2016
SEMINAR PASARAN MODAL ISLAM MALAYSIA 2016 PENJANA EKONOMI UMMAH
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) akan menganjurkan seminar “Pasaran Modal Islam Malaysia” pada ketetapan seperti berikut:
Hari/Tarikh : Selasa-Rabu 27-28 September 2016 / 25-26 Zulhijjah 1437H
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Besar,IKIM
Matlamat
(i) Membincangkan perkara-perkara berkaitan Maqasid Al-Syariah dalam konteks pelaburan dalam pasaran modal islam Malaysia;
(ii) Meneroka bidang-bidang baharu dalam penyelidikan ilmiah yang berkaitan dengan pasaran modal Islam;
(iii) Kerjasama antara para profesional pasaran modal Islam mencakupi para ilmuwan, penyelidik, pengawal selia, pengamal dan pelabur; dan
(iv) Mendidik dan memberi motivasi kepada umat Islam untuk memanfaatkan peluang-peluang menjana pendapatan dalam pasaran modal Islam Malaysia.
Program
27 September 2016 (Selasa)
8.30 am : Pendaftaran peserta
9.30 am : Ucapan Aluan Oleh: YBhg. Prof. Datuk Dr. Azizan Baharuddin
Ketua Pengarah, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
9.45 am : UCAP TAMA:
Tajuk: Merealisasikan Pencapaian Maqasid Al-Syariah Melalui Sinergi Pasaran Modal Islam dan Waqaf Korporat: Menelusuri Pengalaman Waqf Annur Corporation Berhad.
Pembentang: YBhg. Tan Sri Muhammad Ali Hashim (Presiden, Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM)/ Ahli Lembaga Pengarah IKIM)
10.45 am : Minum Pagi
11.15 am : SESI 1: MAQASID AL-SYARIAH DARI PERSPEKTIF PELABURAN
Moderator: Muhammad Hisyam bin Mohamad
Felow, Pusat Kajian Ekonomi & Kemasyarakatan IKIM
11.30 am : Kertas 1 : Memahami Kerangka Maqasid Al-Syariah dalam Kewangan dan Pelaburan
Pembentang : YBhg. Prof. Madya Dr. Asmadi Mohamed Naim
Dekan, Fakulti Pengajian Perniagaan Islam, Universiti Utara Malaysia/Ahli Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
12.00 pm : Kertas 2 : Kaedah Penerapan Maqasid Al-Syariah dalam Pembangunan Produk Pasaran Modal Islam Malaysia
Pembentang : YBhg. Prof. Dr. Engku Rabiah Adawiah Engku Ali
Ahli Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia & Suruhanjaya Sekuriti Malaysia/Ahli Lembaga Pengarah IKIM
12.30 pm : Perbincangan
1.00 pm : Jamuan Tengah Hari & Solat Zuhur
2.15 pm : SESI 2: PASARAN MODAL ISLAM DAN PENYERTAAN UMMAH
Moderator: Encik Suzardi Maulan
Perancang Kewangan Islam / Perunding Utama, AFIQ Training & Consultation
2.30 pm : Kertas 3 : Membina Kerangka Pendididikan Kewangan dan Pelaburan Mengikut Perspektif Islam
Pembentang : Encik Mohamad Azhar Hashim
Felow, Pusat Kajian Ekonomi & Kemasyarakatan, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
3.00 pm : Kertas 4 : Penyertaan Umat Islam Malaysia dalam Pelaburan Pasaran Modal: Tinjauan dan Penilaian Semasa
Pembentang : Encik Hisham Sabri
Fakulti Ekonomi dan Mualamat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
3.30 pm : Kertas 5 : Produk dan Instrumen Pelaburan Islam di Bursa Malaysia: Analisis Prestasi
Pembentang : Encik Jamaluddin Nor Mohamad
Pengarah, Pasaran Islam dan Alternatif, Bursa Malaysia
4.00 pm : Sesi Perbincangan
4.30 pm : Penangguhan
28 September 2016 (Rabu)
8.30 am : Sarapan Pagi
9.00 am : SESI 3 : WACANA MOTIVASI PELABURAN BERSAMA PENGGIAT DAN PAKAR PASARAN MODAL MALAYSIA
TEMA: MANFAAT, CABARAN DAN PROSPEK PASARAN MODAL ISLAM MALAYSIA UNTUK PELABUR MUSLIM.
Moderator: Y.Bhg. Dr. Muhammad Pisol bin Mat Isa
Pensyarah Kanan, Universiti Teknologi Petronas / Ahli Jawatankuasa Syariah Sumitomo Mitsui / Member of Association of Shariah, Advisors in Islamic Finance Malaysia (ASAS)
Ahli Panel:
• Encik Mohd Hariz Daud
Penolong Pengurus Besar, Pasaran Modal Islam, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
• YBhg. Dato’ Dr. Mohd. Nazri Khan Adam
Presiden Persatuan Penganalisis Teknikal Malaysia/ Ketua Penyelidik Affin-Hwang Investment Berhad
• Encik Nazarry Rosli
Pengarah, Jupiter Research Sdn. Bhd.
11.30 am : Perbincangan
12.00 pm : Jamuan Tengahari & Bersurai
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan seminar tersebut.
SUMBER : INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA (IKIM)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Unit Perhubungan Korporat
Nama : Zawiah
Tel : 03-6204 6329/012-333 4253
Nama : Wan Zahidah
Tel : 03-6204 6330/ 013-958 0726
Nama : Gulam
Tel : 03-6204 6331 /017-409 4490
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|